Sekolah Sri KDU,
Kota Damansara.
Mulakan pendidikan abad ke-21 bersama para penerima anugerah kecemerlangan sekolah kami.
Sila Tempah Janji Temu Untuk Lawatan Ke Sekolah Kami
Sekolah Sri KDU (Kota Damansara) kini dibuka untuk lawatan.
Syarat lawatan:
  1. Profil MySejahtera para pelawat mesti berstatus Risiko Rendah, Tidak Bergejala dan Telah Melengkapkan Suntikan Vaksin Covid-19.
  2. Membuat janji temu dengan kami sekurang-kurangnya 24 jam lebih awal dari masa yang dipilih.
  3. Lawatan terhad kepada ibu bapa dan anak sahaja.
  4. Pemakaian pelitup muka, imbasan suhu badan dan sanitasi tangan semasa masuk ke sekolah adalah diwajibkan.
Hari Melawat:
Isnin - Sabtu
(Melalui Janji Temu Sahaja)
Dapatkan janji temu anda sekarang Dapatkan janji temu anda sekarang
Apakah yang membuatkan Sekolah Sri KDU berbeza dengan sekolah yang lain?
Persekitaran pembelajaran di mana tiga bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin ditawarkan sebagai mata pelajaran wajib.
Di samping mempelajari Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, para pelajar dari Darjah 1 hingga Tingkatan 3 diwajibkan untuk mempelajari Bahasa Mandarin. Pelajar ditempatkan berdasarkan tahap penguasaan bahasa mereka. (Asas, Sederhana, atau Baik)
Kami menawarkan sukatan pelajaran yang lebih meluas.
Para pelajar akan mendapat manfaat daripada pendidikan yang merangkumi sukatan sedia ada iaitu berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah (KSSR dan KSSM) serta sukatan tambahan melalui Kurikulum Cambridge & Singapura untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Akademik, sukan dan kemahiran insaniah mendapat tumpuan penekanan yang seimbang.
Selain daripada mendapat pendidikan yang berkualiti, para pelajar kami juga akan dapat menerokai minat kesukaan serta bakat mereka menerusi lebih daripada 40 aktiviti-aktiviti kokurikulum.
Pelajar dari pelbagai latar belakang yang berlainan.
Menempatkan sekumpulan pelajar dari pelbagai latar belakang yang berbeza dari segi etnik, agama dan bangsa.
Komitmen terhadap pengajaran yang berkualiti.
Pada setiap tahun, tenaga pengajar di sini mengikuti kursus sekurang-kurangnya 60 jam bagi mengembangkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran serta menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran melalui Program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD).
Kurikulum yang berbeza.
Kami menyediakan para pelajar untuk tuntutan intelektual, masyarakat dan global pada abad ke-21. Kami juga menekankan pembelajaran berpusatkan pelajar dan berunsurkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) agar pelajar dapat bersaing di peringkat global.
Sekolah Rendah Sri KDU
(Darjah 1 - 6)
Individu muda dipupuk dan disemai cara untuk berfikir dan berkembang secara berdikari. Pembelajaran yang menyeronokkan lagi menarik direalisasikan melalui eksperimen praktikal dan tugasan berasaskan kemahiran inkuiri.
Terokai Kurikulum ⟶ Aktiviti-aktiviti Kokurikulum ⟶ Peralihan dari tadika ke darjah 1 dan pembelajaran atas talian ⟶
Sekolah Rendah Sri KDU
Darjah 1-6
Kurikulum
  • Menawarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
  • Bahasa Mandarin ditawarkan sebagai mata pelajaran untuk semua pelajar. Pelajar ditempatkan berdasarkan tahap penguasaan bahasa mereka. (Asas, Sederhana, atau Baik)
  • Mata pelajaran Sains dan Matematik disampaikan dalam Bahasa Inggeris
  • Kurikulum Singapura dan Cambridge digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains & Matematik untuk merangkumi topik yang lebih luas dan mendalam.
  • Menawarkan mata pelajaran Sains Komputer
  • Program Seni Persembahan (SPA): Teater Muzikal, Tarian, Vokal atau Alat Muzik
Waktu Persekolahan
  • Isnin - Khamis 7:50a.m. – 3:30 p.m.
  • Jumaat 7:50a.m. – 12:30 p.m
Subjek
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral
  • Pendidikan Kesenian
  • Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Kesihatan
  • Reka Bentuk dan Teknologi*
  • Sejarah*
Mata Pelajaran Tambahan
  • Mandarin
  • Sains Komputer & Literasi Komputer
  • Program Seni Persembahan (SPA): Teater Muzikal, Tarian, Vokal atau Alat Muzik (Violin, Ukulele, Piano)

* Diperkenalkan di Darjah 4 hingga 6 sahaja.
Kurikulum Singapura dan Cambridge: Membina asas yang kukuh dalam Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris
Sains
Kurikulum Cambridge digunakan dalam pengajaran Sains dari Darjah 1 hingga Darjah 6
Waktu pengajaran:
  • Sekolah Sri KDU: 8 waktu seminggu
  • Sekolah Kebangsaan: 2-4 waktu seminggu

Matematik
Kurikulum Singapura digunakan dalam pengajaran Matematik dari Darjah 1 hingga Darjah 3, manakala Kurikulum Cambridge digunakan dari Darjah 4 hingga Darjah 6.
Waktu pengajaran:
  • Sekolah Sri KDU: 10 waktu seminggu
  • Sekolah Kebangsaan: 4-6 waktu seminggu

Bahasa Inggeris
Kurikulum Antarabangsa Singapura digunakan dalam pengajaran Bahasa Inggeris dari Darjah 1 hingga Darjah 3, manakala Kurikulum Cambridge digunakan dari Darjah 4 hingga Darjah 6.
Waktu pengajaran:
  • Sekolah Sri KDU: 10 waktu seminggu
Aktiviti Kokurikulum
Sekolah Rendah Sri KDU
Pelajar diwajibkan menyertai dua aktiviti iaitu Kelab/Unit Beruniform dan Permainan.
Kelab & Persatuan
  • Kelab Seni & Kraf
  • Kaligrafi Cina
  • Kelab Koir (melalui uji bakat sahaja)
  • Kelab Tarian
  • Kelab Drama (melalui uji bakat sahaja)
  • Wira Alam Sekitar
  • Pandu Puteri
  • Reka Bentuk Kreatif ICT
  • Kelab Kemahiran Hidup
  • Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS)
  • Kelab Sains
  • Pengakap
  • Taekwondo
  • Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
  • Kelab Penulisan Kreatif
  • Gendang 24 Musim
  • Wushudao
Sukan & Permainan
  • Olahraga
  • Gimnastik Artistik
  • Badminton
  • Bola Keranjang
  • Kelab Permainan Papan & Permainan Tradisional
  • Catur
  • Dodgeball
  • Futsal
  • Bola Sepak
  • Bola Jaring
  • Kelab Renang
  • Pingpong
  • Tenis
Aktiviti CCA** (Pilihan)
  • Aikido
  • Badminton
  • Bola Keranjang
  • Kraf Tanah Liat Kreatif
  • Dance-Versity Kidz
  • Dancesport
  • Permainan Yoyo Diabolo
  • Bola Sepak D-Skills
  • I-Discovery Kidz
  • Karate
  • Lego Robotik Little Botz
  • Olimpiad Matematik
  • Tenis Mini
  • Kelas Tembikar
  • Gimnastik Berirama
  • Sains & Robotik
  • Kelab Renang
  • Kelab Penceramah
  • Kelab Matematik Singapura
  • Tilawah Al Quran
  • Taekwondo
  • Tenis
  • Wushudao
  • Gendang 24 Musim
**Aktiviti ini dijalankan selepas waktu persekolahan dengan bayaran tambahan. Tertakluk kepada jumlah peserta yang minimum.
Sekolah Menengah
(Tingkatan 1 - 5)
Kami membimbing, memupuk dan menyokong pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif agar dapat bersaing di peringkat global melalui pemupukan dan kebudayaan KBAT.
Terokai Kurikulum ⟶ Aktiviti-aktiviti Kokurikulum ⟶
Sekolah Menengah Sri KDU
Tingkatan 1 - 5
Kurikulum
  • Menawarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
  • Mata pelajaran Sains, Matematik dan ICT disampaikan dalam Bahasa Inggeris
  • Mandarin ialah mata pelajaran wajib untuk semua pelajar dari Tingkatan 1-3
  • Teknologi Komunikasi Maklumat ialah mata pelajaran wajib untuk semua pelajar dari Tingkatan 1-5
  • Menggunakan Kurikulum Cambridge sebagai sukatan pelajaran tambahan bagi mata pelajaran Sains, Matematik & Bahasa Inggeris dari Tingkatan 1-3.
  • Program Seni Persembahan (SPA): Teater Muzikal, Tarian, Vokal atau Alat Muzik
Waktu Persekolahan
  • Isnin - Khamis 7:50a.m. – 3:40 p.m.
  • Jumaat 7:50a.m. – 12:30 p.m.
Penilaian
  • Peperiksaan PT3 di Tingkatan 3
  • Peperiksaan SPM di Tingkatan 5
  • “Cambridge Checkpoint Test” di Tingkatan 3
Tingkatan 1 - 3
Mata pelajaran
  • Bahasa Melayu*
  • Bahasa Inggeris*
  • Matematik**
  • Sains**
  • Sejarah**
  • Geografi**
  • Rekabentuk dan Teknologi**
  • Pendidikan Islam** atau Pendidikan Moral
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Jasmani & Kesihatan
*PT3 Penilaian Berpusat
**PT3 Penilaian Sumatif
Mata Pelajaran Tambahan
  • Mandarin
  • Maklumat Teknologi Komunikasi
  • Program Seni Persembahan (SPA): Teater Muzikal, Tarian, Vokal dan Alat Muzik (Gitar Akustik atau Dram)
Kurikulum Cambridge (Sekolah Menengah Rendah)
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
Tingkatan 4-5
Sains Tulen
Mata pelajaran teras
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral
Mata Pelajaran Elektif
  • Mathematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
Sub-Sains (Fizik/Biologi)
Mata Pelajaran Teras
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral
Mata Pelajaran Elektif
  • Matematik Tambahan
  • Fizik atau Biologi
  • Kimia
  • Prinsip Perakaunan atau Ekonomi atau Bahasa Mandarin
Kemanusiaan
Mata Pelajaran Teras
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam) atau Pendidikan Moral
Mata Pelajaran Elektif
  • Ekonomi
  • Prinsip Perakaunan
  • Kimia
  • Bahasa Mandarin atau Pendidikan Seni Visual
Aktiviti Kokurikulum
Sekolah Menengah Sri KDU
Murid diwajibkan menyertai dua aktiviti iaitu Kelab/Unit Beruniform dan Permainan.
Kelab / Unit Beruniform
  • Kelab Kreatif
  • Kelab Masakan
  • Kelab Kebudayaan
  • Kelab Kesusasteraan Cina & Pengucapan Awam
  • Kelab Fotografi
  • Kelab Pereka Fesyen
  • Kelab Pustakawan
  • Kelab Matematik
  • Makerspace
  • Kelab Media
  • Kelab Origami
  • Pengakap
  • TED Talk
  • TESP (Program Sekolah Eko)
  • Kelab Usahawan Muda
Sukan & Permainan
  • Badminton
  • Bola Keranjang
  • Kelab Permainan Papan
  • Karom
  • Catur
  • Damak
  • Bola Sepak
  • Frisbee
  • Bola Jaring
  • Pingpong
  • Bola Tampar
Pasukan Sekolah*
  • Olahraga
  • Badminton
  • Catur
  • Perbahasan
  • Bola Sepak
  • Golf
  • Bola Jaring
  • Berenang
  • Pingpong
  • Tenis
*melalui pemilihan sahaja

Program Pembangunan Pelajar (Pilihan)
  1. Anugerah Antarabangsa Duke of Edinburgh
  2. People to People International
  3. Kejohanan Paramount
  4. Ekspedisi
  5. Program Musim Panas Antarabangsa
Aktiviti CCA** (Pilihan)
  • Aikido
  • Badminton
  • Bola Keranjang
  • Kelab Perbahasan
  • Permainan Yoyo Diabolo
  • Bola Sepak Gaya Bebas
  • Robotik Little Botz
  • Ninjutsu
  • Berenang
  • Taekwondo
  • Tenis
  • Bola Tampar
  • Wushudao
**Aktiviti ini dijalankan selepas waktu persekolahan dengan bayaran tambahan. Tertakluk kepada jumlah peserta yang minimum.
Program Pengayaan
  • Pembelajaran Berasaskan Projek
  • Lawatan sambil belajar
  • Aktiviti perkhemahan
  • Bengkel / Ceramah
  • Bengkel Pembangunan Diri
Pengiktirafan Sekolah Sri KDU.
Pencapaian Utama:
Menginspirasi para pelajar untuk mencapai potensi yang sepenuhnya.
Sumbangan Sosial:
Mengambil Bahagian dalam Program Kemasyarakatan
Temui Hero Eko Sri KDU – Pelajar Malaysia yang pertama memenangi Anugerah Hero Eko di Asia Tenggara
Joshua Lee
Pemenang tempat pertama bagi Projek Green Wall Gen X di M.A.D Youth Summit 2020.
Program Eco-Schools di Sekolah Menengah Sri KDU
Sekolah pilihan ibu bapa di Petaling Jaya.
“Para guru disini sangat bagus. Pelajar berdisiplin, diberi kasih sayang dan perhatian.”
Mr. Syed Sadiq Obaidi
“Saya rasa apa yang bagus mengenai sekolah ini ialah mereka mewajibkan pengambilan Bahasa Mandarin, jadi semua pelajar dapat bertutur dalam bahasa ketiga”
Cik Tracy Jane Gomez
“Kami, sebagai ibu bapa yang bekerja mungkin tidak sempat untuk menghantar anak perempuan kami ke kelas seni persembahan. Di Sri KDU, semuanya berada di bawah satu bumbung.”
Puan Norashidah
“Kami sedang mencari sebuah sekolah yang bukan sahaja memberi tumpuan kepada pendidikan tetapi juga mementingkan kepimpinan, sukan dan persembahan.”
Dato Azmall
Sekilas pandang mengenai sekolah kami
yang serba lengkap.
Kelengkapan insfrastruktur di sekolah menjadi pemangkin kepada kemenjadian pelajar agar lebih berdisiplin dan seterusnya mampu meningkatkan prestasi akademik mereka. Justeru itu, kami menyediakan persekitaran yang kondusif bagi mewujudkan suasana yang selesa serta meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
facility
facility
facility
facility
facility
facility
facility
facility
facility
Keselamatan anak anda adalah keutamaan kami.
Protokol keselamatan Covid-19 kami tertumpu kepada 5 bidang utama seperti berikut:
Mengehadkan jumlah pelawat ke sekolah
Penjarakan sosial di dalam bilik darjah
Tidak mengadakan perhimpunan atau acara pelajar secara besar-besaran
Mengamalkan kebersihan diri yang baik
Memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih
Mengenai
Sekolah Sri KDU
Sejak penubuhan sekolah pada tahun 2003, Sekolah Sri KDU sentiasa dikenali sebagai sebuah sekolah swasta yang berprestij tinggi. Sekolah ini bermula sebagai sekolah bestari swasta yang pertama dibina khas di Malaysia yang menyediakan pelajar untuk inovasi teknologi dan kini merupakan sekolah swasta yang terbesar di Malaysia.
Kampus yang memenangi anugerah ini terletak di Kota Damansara. Sekolah Sri KDU mempunyai reputasi sebagai sebuah institusi pendidikan yang berkualiti dan menawarkan pendidikan holistik dengan etos “memberi peluang kepada setiap pelajar untuk bersinar dalam bidang masing-masing”. Menawarkan kesinambungan kurikulum untuk pelajar dari umur 7 hingga 17 tahun, sekolah ini merangkumi Sekolah Rendah Sri KDU dan Sekolah Menengah Sri KDU.
Sekolah Sri KDU (Kampus Kota Damansara)
No. 5 & 7, Jalan Teknologi 2/1, Kota Damansara, 47810 Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-61453888
Waktu Pejabat pada Hari Minggu: 9am - 5pm (Isnin hingga Jummat)